Jamahiriya Rakyat Sosialis Raya Arab Libya (1977–2011) Libya rejim Gaddafi

Jamahiriya Sosialis Agung Rakyat Arab Libya

الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية العظمى
al-Jamāhīrīyah al-'Arabīyah al-Lībīyah ash-Sha'bīyah al-Ishtirākīyah al-'Uẓmá
1977–2011
FlagCoat of arms
Lagu kebangsaan: الله أكبر
"Allahu Akbar"
(Bahasa Inggeris: "Allah Maha Besar")
Ibu kotaTripoli (1977–2011)
Sirte (2011)[3]
Bahasa lazimArab
Agama
Islam
PemerintahanJamahiriya sosialis Islam Tunggal
Brotherly Leader and Guide of the Revolution 
• 1977–2011
Muammar Gaddafi
Era sejarahPerang Dingin · Perang Menentang Keganasan
• Pihak Berkuasa RakyatPihak Berkuasa Rakyat
2 Mac 1977
28 Ogos 2011
Kematian Gaddafi
Populasi
• 2010
6,355,100
Mata wangDinar Libya
Kod panggilan218
Didahului oleh
Diganti oleh
Republik Arab Libya
Majlis Peralihan Kebangsaan

2 Mac 1977, Kongres Agung Rakyat, dengan perintah Gaddafi diterima-pakai "Deklarasi dengan penubuhan Pihak Berkuasa Rakyat"[4][5] dan diistiharkan Jamahiriya Sosialis Rakyat Libya (Bahasa Arab: الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الاشتراكية‎[6] al-Jamāhīrīyah al-'Arabīyah al-Lībīyah ash-Sha'bīyah al-Ishtirākīyah). Dalam falsafah politik rasmi semasa pemerintahan Gaddafi, sistem "Jamahiriya" adalah unik di negara ini, meskipun ia dipersembahkan sebagai Teori Antarabangsa Ketiga, yang telah dicadangkan oleh Gaddafi untuk diguna pakai di seluruh Dunia Ketiga. Kongres Agung Rakyat juga mewujudkan jawatan Setiausaha Agung Majis Agung Rakyat, terdiri daripada sisa-sisa anggota Majlis Markas Revolusi yang dibubarkan, dengan Gaddafi memegang jawatan sebagai setiausaha agung, dan juga melantik Jawatankuasa Agung Rakyat, yang mana mengantikan Majlis Menteri-Menteri, yang mana penyandang jawatannya dikenali sebagai setiausaha dan bukannya menteri.

Kerajaan Libya mendakwa bahawa Jamahiriya merupakan sebuah demokrasi terus tanpa sebarang parti-parti politik, ditadbir oleh rakyat melalui majlis dan komuniti popular rakyat (dinamakan sebagai Kongres Asas Rakyat). Rhetorik rasmi tidak menyenangi idea negara bangsa, ikatan puak kekal diutamakan, termasuk pemberian pangkat-pangkat dalam Angkatan Tentera Jamahiriya Arab Libya.[7]